ASSALAMMUALAIKUM.
Nama Vernakular : Peria Katak
Nama Botani : Momordica Charantia
Peria katak atau dalam bahasa Inggerisnya Bitter Gourd dan Bitter Melon ini merupakan sejenis sayur buah yang memiliki rasa yang paling pahit berbanding sayuran yang lain. Pokok peria katak ini seperti pokok peria biasa yang menjalar. Kebanyakkan tumbuhan ini terdapat di Asia dan Kepulauan Caribbean.
Kandungan Peria Katak
* Rendah kalori
* Serat yang tinggi, mineral dan anti-oksidan
* Mengandungi Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu
mengawal gula dalam darah.
* Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin
* Mengandungi Niacin (vitamin B3), Pantothenic acid (vitamin B5),
Pyridoxine (Viamin B6), Zat Besi, Zink, Manganese dan Magnesium.
Khasiat Peria Katak
1. Diabetes atau kencing manis
Hasil kajian klinikal di Journal of
Ethnopharmacology menunjukkan bahawa amalan mengambil peria dalam
pemakanan seharian berupaya mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit
diabetes. Kajian membuktikan peria mampu mengurangkan kadar gula dan
meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan anda.
2. Kolesterol
Berupaya membantu badan anda mengurangkan kadar kolesterol secara
semulajadi. Ini adalah penting kerana dengan mengawal kadar kolesterol
badan dapat bantu anda untuk mengelakkan diri daripada penyakit
jantung dan stroke.
3. Batu Karang
Diet yang mengandungi
tinggi serat dan kurang sodium mampu membantu mengelakkan batu karang.
4. Anti-oksidan (anti-kanser)
Kandungan anti-oksidan dapat membantu
menghindari badan daripada mendapat kanser dan juga membantu proses rawatan
kanser dengan mengawal kadar glukosa dan
membunuh sel kanser.
5. Imun badan
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengurangkan
jangkitan bakteria dan virus. Ia juga berupaya mengurangkan kadar asid
dalam perut yang membuatkan anda sakit hulu hati.
6. Mengurangkan berat
Kandungan
serat yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah yang dapat membantu
anda mengurangkan berat badan selain mengandungi pelbagai nutrien lain
menjadikan peria katak sebagai makanan yang
sesuai untuk mengurangkan berat badan.
7. Baik untuk hati
Membantu proses
penghadaman, menguatkan hempedu, dan membantu menguatkan hati anda yang
menghidapi cirrhosis, hepatitis dan sembelit.
8. Kulit
Membantu mencantikkan kulit
serta mengatasi penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema kerana mengandungi vitamin C yang baik untuk kulit
dan kesihatan badan.
9. Metabolisma
Membantu dalam metabolisma gula dalam badan dan
mempercepatkan proses metabolisma karbohidrat. Maka, makin kurang gula
yang ditukarkan pada lemak. Ia dapat bantu pesakit diabetes dan proses
mengurangkan berat badan.
10. Vitamin K
Ia dapat
membantu proses pembekuan darah, bagus untuk tulang dan juga mempunyai
nilai anti-radang.
Friday, 13 October 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment