ASSALAMMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA
Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya.
Untuk entry kali ini, saya akan kongsikan ilmu kepada anda.
Kemajuan yang kita kecapi ini salah satunya hasil daripada kecanggihan teknologi, Tidak kira daripada mana-mana sudut kita memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian kita. Namun, kemajuan kini banyak mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Demi mengejar kemajuan, kita terpaksa menggadaikan alam semula jadi.
Udara, angin dan tanah kini banyak tercemar terutamanya kesan daripada penggunaan bahan kimia. Sebagai contoh, kita memerlukan sayur untuk tubuh badan kita namun pekebun-pekebun menggunakan racun untuk memastikan sayur mereka bebas daripada serangan seranggan. Begitu juga dengan ayam. Kebanyakan ayam disuntik agar ayam-ayam ini cepat membesar supaya dapat dipasarkan.
Oleh yang demikian, adalah agak mustahil bagi kita untuk mengelak daripada menerima kesan bahan kimia ini walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, sebagai langkah mudah supaya badan kita menerima nutrisi dan zat yang mencukupi, kita perlu mengambil makanan tambahan yang telah diekstrak dalam bentuk pil atau tablet.
Kini, pelbagai jenis supplement banyak dipasarkan di serata tempat termasuklah di Malaysia. Peningkatan keluaran produk supplement ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, tidak semua supplement yang terdapat dipasaran mengikut kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal.
Jadi, mengapa saya pilih produk Shaklee?
Jom, baca penerangan saya.
1. Latar belakang syarikat pengeluar produk
Adalah penting bagi kita untuk mengetahui latar belakang syarikat yang mengeluarkan produk supplement yang kita ingin ambil. Shaklee merupakan salah sebuah syarikat pengeluar vitamin atau supplment yang kukuh. Pengasas produk Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee telah menubuhkan Syarikat Shaklee pada tahun 1956 di Amerika Syarikat. Namun, 40 tahun sebelum itu, vitamin pertama telah dihasilkan oleh Dr. Shaklee iaitu Vitalized Minerals, singkatannya ialah VITAMIN.
Jadi, mengapakah Dr. Shaklee tidak menubuhkan syarikat Shaklee pada masa produk Vitamin itu dihasilkan? Sebabnya adalah kerana Dr. Shaklee ingin menguji dahulu kesan Vitamin kepada manusia. Setelah beliau berpuas hati akan kesan Vitamin yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada pengguna, barulah beliau menubuhkah Syarikat Shaklee.
Produk Shaklee bukan sahaja diambil atau digunakan oleh orang biasa sahaja namun produk keluaran Shaklee juga digunakan oleh pihak White House, NASA serta atlet-atlet juara dunia.
2. Produk
Shaklee bukan sahaja mengeluarkan produk yang melibatkan kesihatan tubuh badan manusia namun Shaklee juga menghasilkan produk yang selamat digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Walaupun supplement ini keluaran negara luar Malaysia, untuk dipasarkan dalam Malaysia, produk Shaklee juga akan melalui beberapa proses agar lulus dipasarkan seperti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Sijil Halal daripada JAKIM.
A) Selamat
Pada setiap tahun, Syarikat Shaklee akan membelanjakan sebanyak USD 300 juta untuk menjalankan ujikaji, penyelidikan dan pembangunan. Pelaburan ini bukan hanya melibatkan supplement namun botol yang digunakan untuk menyimpan supplement ini juga diambil kira. Shaklee membuat penyelidikan supaya botol Shaklee selamat digunakan dan tidak mendatangkan kemudaratan bila mana ada kanak-kanak yang menggigit botol tersebut.
Selain itu, pada setiap tahun juga Syarikat Shaklee akan meningkatkan kualiti produk mereka. Sebab itulah kadang kala terdapat produk yang kehabisan stok dalam jangka masa yang lama kerana pihak saintis Shaklee ingin melengkapkan supplement tersebut dengan kandungan vitamin yang baharu. Syarikat Shaklee mempunyai lebih 60 orang saintis yang sentiasa membuat kajian dan penyelidikan terhadap produk Shaklee. Terdapat juga beberapa orang saintis Shaklee yang memenangi Hadiah Nobel. Hal ini demikian kerana mereka ingin memastikan bahawa produk Shaklee selamat digunakan dan menjadi produk supplement terbaik dunia.
B) Berkesan
Setiap tahun pihak saintis Shaklee akan membuat kajian (Landmark Study) supaya produk ini berkesan kepada manusia. Berkesan yang membawa maksud kesan positif. Selepas Vitalized Mineral dihasilkan, Dr. Shaklee memberikan vitamin ini kepada beberapa orang dan membuat kajian perbandingan antara orang yang mengambil vitamin dan orang yang tidak mengambil vitamin. Menurut kajian didapati orang yang mengambil vitamin adalah lebih sihat berbanding orang yang tidak mengambil vitamin. Pihak saintis Shaklee juga membuat kajian perbandingan antara pengguna Shaklee, pengguna produk lain dengan orang yang tidak mengambil supplement.
C) Mesra Alam
Shaklee sangat mesra alam. Semua bahan yang digunakan untuk meghasilkan produk adalah daripada sumber alam semula jadi. Contohnya Omega Guard daripada ikan air laut dalam yang jauh daripada pencemaran, ESP pula daripada kacang soya bukan GMO, Garlic daripada bawang putih yang berkualiti. Lagi satu, bangunan Syarikat Shaklee juga tidak menggunakan pendingin hawa. Nampak sangat mementingkan alam semula jadi.
Jadi, adakah anda masih ragu-ragu dengan produk Shaklee? Tak perlu lagi. Jom jadi ahli Shaklee, boleh jimat sehingga 30%.
Hubungi :
Cikgu Hana Shaklee
017-3922340
FB : Nurulhana Md Nor
Page FB : Shaklee Batu Niah Bekenu Miri
IG : cikgu_hana-shaklee
SuperStarzFamily
No comments:
Post a Comment