Saturday, 14 October 2017

Simptom Kencing Manis

October 14, 2017 0 Comments
Assalammualaikum.


Kencing manis atau Diabetes Mellitus merupakan satu penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh manusia. Penyakit kencing manis ini juga merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menghidapi penyakit kencing manis seperti daripada faktor keturunan dan gaya hidup seharian.

Terdapat tiga jenis kencing manis :

Diabetis jenis pertama (I) 
Diabetis yang bergantung kepada insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetis awal remaja. Diabetis jenis ini disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetis jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Kegagalan penghasilan insulin semula jadi dalam badan memerlukan pesakit mengambil suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa dalam darah. 

Diabetis jenis kedua (II)  
Puncanya kerana sel-sel badan tidak menyerap glukosa dengan betul. Berbeza dengan diabetis jenis pertama, diabetis jenis kedua ini mempunyai glukosa yang mencukupi dan insulin yang dihasilkan oleh penkreas. Namun, glukosa tidak dapat masuk ke sel-sel dan menyebabkan kadar glukosa dalam darah meningkat. Diabetis jenis kedua ini boleh dikawal secara pemantauan melalui pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan. Namun, kebanyakan pesakit diabetis jenis kedua ini akhirnya akan dirawat dengan insulin. 

Diabetis Gestasi 
Dialami oleh wanita ketika kehamilan. Diabetis ini berlaku apabila penkreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin ini perlu untuk mengawal jumlah gula dalam darah yang akan digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak digunakan disimpan di hati. Semasa kehamilan, pankreas akan menghasilkan insulin yang banyak bagi keperluan ibu hamil serta bayi di dalam kandungan. Namun, jika pankreas tidak menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi, glukosa atau gula akan menjadi banyak dalam darah. Namun, diabetis jenis ini akan hilang apabila bayi dilahirkan. 


Simptom Kencing Manis

Bagi pesakit yang menghidapi diabetis jenis kedua biasanya tidak mengetahui mereka telah menghidapi penyakit kencing manis. Oleh itu, disarankan supaya sentiasa membuat pemeriksaan bacaan gula dalam darah.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Friday, 13 October 2017

KHASIAT PERIA KATAK

October 13, 2017 0 Comments
ASSALAMMUALAIKUM.



Nama Vernakular : Peria Katak
Nama Botani : Momordica Charantia

Peria katak atau dalam bahasa Inggerisnya Bitter Gourd dan Bitter Melon ini merupakan sejenis sayur buah yang memiliki rasa yang paling pahit berbanding sayuran yang lain. Pokok peria katak ini seperti pokok peria biasa yang menjalar. Kebanyakkan tumbuhan ini terdapat di Asia dan Kepulauan Caribbean.





Kandungan Peria Katak

* Rendah kalori
* Serat yang tinggi, mineral dan anti-oksidan
* Mengandungi Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah.
* Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea-xanthin
* Mengandungi Niacin (vitamin B3), Pantothenic acid (vitamin B5), Pyridoxine (Viamin B6), Zat Besi, Zink, Manganese dan Magnesium.


Khasiat Peria Katak

1. Diabetes atau kencing manis
Hasil kajian klinikal di Journal of Ethnopharmacology menunjukkan bahawa amalan mengambil peria dalam pemakanan seharian berupaya mengurangkan kadar gula dalam darah pesakit diabetes. Kajian membuktikan peria mampu mengurangkan kadar gula dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan anda.

2. Kolesterol
Berupaya membantu badan anda mengurangkan kadar kolesterol secara semulajadi. Ini adalah penting kerana dengan mengawal kadar kolesterol badan dapat bantu anda untuk mengelakkan diri daripada penyakit jantung dan stroke.


3. Batu Karang
Diet yang mengandungi tinggi serat dan kurang sodium mampu membantu mengelakkan batu karang.

4. Anti-oksidan (anti-kanser)
Kandungan anti-oksidan dapat membantu menghindari badan daripada mendapat kanser dan juga membantu proses rawatan kanser dengan mengawal kadar glukosa dan membunuh sel kanser.

5. Imun badan
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan mengurangkan jangkitan bakteria dan virus. Ia juga berupaya mengurangkan kadar asid dalam perut yang membuatkan anda sakit hulu hati.

6. Mengurangkan berat
Kandungan serat yang tinggi dan kandungan kalori yang rendah yang dapat membantu anda mengurangkan berat badan selain mengandungi pelbagai nutrien lain menjadikan peria katak sebagai makanan yang sesuai untuk mengurangkan berat badan.

7. Baik untuk hati
Membantu proses penghadaman, menguatkan hempedu, dan membantu menguatkan hati anda yang menghidapi cirrhosis, hepatitis dan sembelit.


8. Kulit
Membantu mencantikkan kulit serta mengatasi penyakit kulit seperti psoriasis dan ekzema kerana mengandungi vitamin C yang baik untuk kulit dan kesihatan badan.

9. Metabolisma
Membantu dalam metabolisma gula dalam badan dan mempercepatkan proses metabolisma karbohidrat. Maka, makin kurang gula yang ditukarkan pada lemak. Ia dapat bantu pesakit diabetes dan proses mengurangkan berat badan.

10. Vitamin K
Ia dapat membantu proses pembekuan darah, bagus untuk tulang dan juga mempunyai nilai anti-radang.


RESIPI PERIA KATAK

October 13, 2017 1 Comments


ASSALAMMUALAIKUM.


Pernahkah anda melihat rupa peria katak? Memakannya?

Peria katak (Momordica Charandia) atau dikenali sebagai Bitter Gourd atau Bitter Melon ini merupakan sejenis sayuran yang berwarna hijau dan memiliki kulit yang mengerutu. Tidak seperti peria biasa yang kulitnya lebih licin dan lebih panjang. Kebanyakan manusia tidak menggemari peria katak kerana rasanya yang sangat pahit.

Namun, sebenarnya peria katak ini memiliki banyak khasiat untuk kesihatan manusia seperti merawat kencing manis, merawat darah yang bertoksin, merawat penyakit taun dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan khasiat peria katak ini, kita boleh memakannya secara mentah atau dijadikan jus. Ada juga orang yang memasak peria katak ini untuk dijadikan sebahagian daripada menu makanan mereka. Di sini saya kongsikan dua resipi peria katak.


RESIPI JUS PERIA KATAK



Bahan-bahan


1 biji peria katak
1 biji apel hijau

Cara penyediaan
1. Cuci peria katak dan buah apel hijau dengan bersih.
2. Potong peria katak dan buah apel hijau. Buang bijinya.
3. Kisar peria katak dan buah apel hijau dengan sedikit air kosong.
4. Sedia untuk diminum.

Pada kebiasaannya, jus peria katak ini diambil pada waktu pagi semasa perut kosong kerana dapat membantu mengurangkan kadar glukosa dalam darah.



RESIPI PERIA KATAK GORENG


Bahan-bahan
1 biji peria katak
1 sudu kecil garam
Minyak masak

Cara penyediaan
1. Cuci peria katak.
2. Potong dua bahagian peria katak dan buang bijinya. 
3. Potong nipis peria katak dan gaulkan bersama garam.
4. Panaskan minyak. Apabila sudah panas, masukkan peria katak. Goreng sehingga garing.

Peria katak goreng ini sedap dimakan bersama nasi panas. Garam membantu mengurangkan rasa pahit peria kata. 

Selamat mencuba.

Saturday, 7 October 2017

Cara Memilih Supplement Terbaik Untuk Kesihatan Di Malaysia, How To Select The Best Supplements For Health In Malaysia

October 07, 2017 0 Comments
ASSALAMMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya.

Untuk entry kali ini, saya akan kongsikan ilmu kepada anda.

Kemajuan yang kita kecapi ini salah satunya hasil daripada kecanggihan teknologi, Tidak kira daripada mana-mana sudut kita memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian kita. Namun, kemajuan kini banyak mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Demi mengejar kemajuan, kita terpaksa menggadaikan alam semula jadi. 

Udara, angin dan tanah kini banyak tercemar terutamanya kesan daripada penggunaan bahan kimia. Sebagai contoh, kita memerlukan sayur untuk tubuh badan kita namun pekebun-pekebun menggunakan racun untuk memastikan sayur mereka bebas daripada serangan seranggan. Begitu juga dengan ayam. Kebanyakan ayam disuntik agar ayam-ayam ini cepat membesar supaya dapat dipasarkan.

Oleh yang demikian, adalah agak mustahil bagi kita untuk mengelak daripada menerima kesan bahan kimia ini walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, sebagai langkah mudah supaya badan kita menerima nutrisi dan zat yang mencukupi, kita perlu mengambil makanan tambahan yang telah diekstrak dalam bentuk pil atau tablet.



Kini, pelbagai jenis supplement banyak dipasarkan di serata tempat termasuklah di Malaysia. Peningkatan keluaran produk supplement ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, tidak semua supplement yang terdapat dipasaran mengikut kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan halal.

Jadi, mengapa saya pilih produk Shaklee?
Jom, baca penerangan saya.

1. Latar belakang syarikat pengeluar produk

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui latar belakang syarikat yang mengeluarkan produk supplement yang kita ingin ambil. Shaklee merupakan salah sebuah syarikat pengeluar vitamin atau supplment yang kukuh. Pengasas produk Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee telah menubuhkan Syarikat Shaklee pada tahun 1956 di Amerika Syarikat. Namun, 40 tahun sebelum itu, vitamin pertama telah dihasilkan oleh Dr. Shaklee iaitu Vitalized Minerals, singkatannya ialah VITAMIN.




Jadi, mengapakah Dr. Shaklee tidak menubuhkan syarikat Shaklee pada masa produk Vitamin itu dihasilkan? Sebabnya adalah kerana Dr. Shaklee ingin menguji dahulu kesan Vitamin kepada manusia. Setelah beliau berpuas hati akan kesan Vitamin yang tidak mendatangkan kesan negatif kepada pengguna, barulah beliau menubuhkah Syarikat Shaklee.


Produk Shaklee bukan sahaja diambil atau digunakan oleh orang biasa sahaja namun produk keluaran Shaklee juga digunakan oleh pihak White House, NASA serta atlet-atlet juara dunia.




2. Produk
Shaklee bukan sahaja mengeluarkan produk yang melibatkan kesihatan tubuh badan manusia namun Shaklee juga menghasilkan produk yang selamat digunakan dalam kehidupan seharian manusia. Walaupun supplement ini keluaran negara luar Malaysia, untuk dipasarkan dalam Malaysia, produk Shaklee juga akan melalui beberapa proses agar lulus dipasarkan seperti mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta Sijil Halal daripada JAKIM.









A) Selamat
Pada setiap tahun, Syarikat Shaklee akan membelanjakan sebanyak USD 300 juta untuk menjalankan ujikaji, penyelidikan dan pembangunan. Pelaburan ini bukan hanya melibatkan supplement namun botol yang digunakan untuk menyimpan supplement ini juga diambil kira. Shaklee membuat penyelidikan supaya botol Shaklee selamat digunakan dan tidak mendatangkan kemudaratan bila mana ada kanak-kanak yang menggigit botol tersebut. 

Selain itu, pada setiap tahun juga Syarikat Shaklee akan meningkatkan kualiti produk mereka. Sebab itulah kadang kala terdapat produk yang kehabisan stok dalam jangka masa yang lama kerana pihak saintis Shaklee ingin melengkapkan supplement tersebut dengan kandungan vitamin yang baharu. Syarikat Shaklee mempunyai lebih 60 orang saintis yang sentiasa membuat kajian dan penyelidikan terhadap produk Shaklee. Terdapat juga beberapa orang saintis Shaklee yang memenangi Hadiah Nobel. Hal ini demikian kerana mereka ingin memastikan bahawa produk Shaklee selamat digunakan dan menjadi produk supplement terbaik dunia.


B) Berkesan
Setiap tahun pihak saintis Shaklee akan membuat kajian (Landmark Study) supaya produk ini berkesan kepada manusia. Berkesan yang membawa maksud kesan positif. Selepas Vitalized Mineral dihasilkan, Dr. Shaklee memberikan vitamin ini kepada beberapa orang dan membuat kajian perbandingan antara orang yang mengambil vitamin dan orang yang tidak mengambil vitamin. Menurut kajian didapati orang yang mengambil vitamin adalah lebih sihat berbanding orang yang tidak mengambil vitamin. Pihak saintis Shaklee juga membuat kajian perbandingan antara pengguna Shaklee, pengguna produk lain dengan orang yang tidak mengambil supplement.


C)  Mesra Alam
Shaklee sangat mesra alam. Semua bahan yang digunakan untuk meghasilkan produk adalah daripada sumber alam semula jadi. Contohnya Omega Guard daripada ikan air laut dalam yang jauh daripada pencemaran, ESP pula daripada kacang soya bukan GMO, Garlic daripada bawang putih yang berkualiti. Lagi satu, bangunan Syarikat Shaklee juga tidak menggunakan pendingin hawa. Nampak sangat mementingkan alam semula jadi.






Jadi, adakah anda masih ragu-ragu dengan produk Shaklee? Tak perlu lagi. Jom jadi ahli Shaklee, boleh jimat sehingga 30%.

Hubungi :
Cikgu Hana Shaklee
017-3922340
IG : cikgu_hana-shaklee
SuperStarzFamily





Friday, 18 August 2017

Omega Guard dan Kebaikannya

August 18, 2017 0 Comments
Assalam. Selamat malam.

🌸 Pernah tak tengok iklan susu kanak-kanak? Saya suka tonton iklan susu kanak-kanak. Sebabnya menarik. Lagi-lagi iklan susu yang menggunakan model kanak-kanak seperti sainstis dan detektif.

🌸 Apa yang dia sebut? DHA. Ya, DHA.

🌸 Apa itu DHA? DHA ialah Docosahexaenoic asid. Fungsi DHA ini banyak kepada otak manusia. Ha, sebab tu la kita kena makan makanan yang ada DHA ni. Masa kecil-kecil dulu saya pernah makan supplement yang ada DHA. Mana nak dapat DHA ni? Kena buat ke? Eh, tak la. DHA ni ada dalam Omega. Tapi saya makan sikit je supplement tu sebab perisanya terlalu kuat dan tak sesuai dengan saya.

🌸 Jadi saya nak kongsikan satu ilmu yang berkaitan dengan Omega ni. Omega ada dua iaitu Omega 3 dan Omega 6. Omega 6 boleh di dapati pada sesetengah tumbuhan 🌿. Yang saya nak kongsi adalah Omega 3.

🌸 Dalam Omega 3 ada DHA dan EPA. Ramai yang tahu bahawa Omega 3 ni boleh didapati dalam ikan 🐟. Betul tak? Ya, tapi!!! Tak semua ikan🐟 itu benar-benar suci. Maksudnya tak ada pencemaran. Dengan keadaan sekarang yang banyak menggunakan bahan kimia, tak mustahil ikan 🐟 di laut juga terkena tempiasnya lebih-lebih lagi ikan 🐟 yang hidup dekat dengan kawasan penjanaan nuclear atau pelantar minyak.

🌸 Pernah tak anda lihat kesan terhadap manusia yang terkena senjata nuclear? Ada yang menjadi cacat. Bayi dalam kandungan pun kena juga kesannya.

🌸 Jadi, nak dapatkan ikan 🐟 yang suci bersih ni memang susah. Hanya terdapat dalam laut dalam,yang jauh, yang terpencil, sejuk dan pedalaman. Dulu saya ada tengok cerita tentang orang yang tinggal di kawasan sejuk seperti Kutub Utara dan Kutub Selatan. Terfikir kenapa mereka banyak makan ikan 🐟 dan kurang mendapat sakit kronik 😷. Rupanya…. Ha! Mereka makan ikan 🐟 yang tak kena pencemaran.

🌸 Tapi, walaupun ikan 🐟 itu bersih daripada pencemaran, tapi tak 100% bersih. Nak dapatkan minyak Omega 3 yang tulen dan berkualiti tinggi, perlu ada proses yang teliti dan berkali-kali bagi pastikan minyak itu betul-betul tiada logam berat. Macam kita juga, nak minum air pun mesti pastikan air tu bersih, pasang penapis di paip sebelum kita gunakan air tu untuk dijadikan minuman 🥛.

🌸 Apa bagusnya Omega 3 ni Cik Hana oi? Ha, Omega 3 ni ialah asid lemak poli tak tepu. Omega 3 ni penting tapi tubuh badan manusia tak boleh hasilkan Omega 3, kita kena ambil daripada sumber lain.

🌸 Omega ni macam yang saya cakap tadi, baik untuk otak sebab ada DHA dan EPA. Sebab tu masa bayi dalam kandungan lagi, ibu hamil bagus ambil Omega 3 supaya tumbesaran otak bayi itu cantik je.

🌸 Tapi, bukan satu je kebaikan Omega 3 ni, ada banyak.
1. Membantu otak berfungsi dengan baik
2. Menstabilkan hormone. Menguatkan ingatan.
3. System imun menjadi lebih baik.
4. Mengurangkan keradangan.
5. Kesihatan paru-paru menjadi lebih kuat. (Bagus bagi mereka ada masalah paru-paru seperti cepat batuk jika cuaca sejuk).
6. Penting untuk pembentukan tisu yang terdapat dalam sendi-sendi (Boleh membantu mengurangkan sakit tumit)
7. Mengurangkan stress, insomnia, hilang focus
8. Mengawal selera makan
9. Membantu menyingkirkan lemak-lemak berlebihan dalam badan.
10. Membantu mengelakkan kolesterol melekat pada salur darah.
11. Bagus untuk mengawal ritma jantung

Sekarang saya consume Omega Guard Shaklee. Kenapa?
1. Kandungan DHA paling tinggi dan terbaik 👍👍👍
2. Minyak diproses sebanyak 3 kali bagi membuang heavy metal dan bau.
3. Tak menggunakan hati ikan 🐟 untuk dijadikan minyak Omega
4. Menggunakan ikan kecil 🐟 yang terdapat di lautan dalam, pedalaman dan sejuk. Jauh daripada pencemaran.

Okey. Itu saya saya nak kongsi ilmu tentang kebaikan Omega 3.






INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE?
ATAU INGIN MENAMBAHKAN PENDAPATAN DENGAN PRODUK SHEKLEE?
BOLEH HUBINGI SAYA
CIKGU HANA
017-3922340